AKRONIM


Akronim

Kata akronim tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Akronim ialah singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata. Kependekan yang terbentuk ini ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan yang utuh. Kata akronim yang terbentuk melalui penyingkatan atau kependekan rangkai kata ini secara umumnya tergolong kepada 3 kategori, bergantung kepada cara pembentukan akronim tersebut.
Pertama sekali, akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang lazimnya kata nama khas. Kata akronim yang terhasil melalui pendekatan ini lazimnya ditulis dengan huruf besar keseluruhannya.
Seterusnya, akronim boleh terbentuk daripada gabungan suku kata dengan huruf awal atau gabungan suku kata dengan suku kata. Oleh sebab bersifat kata nama khas, huruf pertamanya dieja dengan huruf besar.
Ketiga pula, akronim yang terbentuk dengan gabungan suku kata dengan suku kata dan ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya. Hal ini adalah kerana perkataan yang terbentuk bukan kata nama khas.

JENIS AKRONIM
A.     Kata Akronim Cantuman Huruf Awal Perkataan
Akronim
Rangkai kata penuh/ Asal
UPSI
Universiti Pendidikan Sultan Idris
ABIM
Angkatan Belia Islam Malaysia
IKIM
Institut Kefahaman Islam Malaysia
BSN
Bank Simpanan Nasional
ADUN
Ahli Dewan Undangan Negeri

B.     Kata Akronim Cantuman Haruf awal dan suku kata perkataan
Akronim
Rangkai kata penuh/ Asal
Mara
Majlis Amanah Rakyat
Bernama
Berita Nasional Malaysia
Unitar
Universiti Tun Abdul Razak
Jakim
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Perhilitan
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara



C.    Kata Akronim Cantuman Suku Kata Perkataan
Akronim
Rangkai Kata Penuh/ Asal
tadika
Taman didikan kanak-kanak
pawagam
Panggung wayang gambar
kugiran
Kumpulan gitar rancak
cerpen
Cerita pendek

Pembentukan kata akronim, jika diperlihatkan proses pemendekan dan penggabungan rangkai kata untuk membentuk kata agak lazim digunakan dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, peraturan pembentukan kata akronim ini agak longgar, iaitu tidak berdasarkan satu prinsip yang jelas. Oleh itu, proses pembentukan kata melalui pendekatan ini tidak digalakkan sebagai satu kaedah pembentukan kata untuk membentuk perkataan baharu atau istilah dalam bahasa Melayu.

Comments

Popular posts from this blog

UPSR BAHASA MELAYU LATIHAN PENJODOH BILANGAN

UPSR BAHASA MELAYU LATIHAN KATA GANDA