ISU BUNUH DIRI
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN 4 AHLI KUMPULAN: KIRTHANA, YAP ZI WEI, ONG XUE MIN, YOOVANEESWARY, BAVANI Pengenalan Rangkai kata bunuh diri bolehlah ditakrifkan sebagai perbuatan untuk menamatkan atau menghilangkan nyawa diri sendiri. Perbuatan yang kejam ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara iaitu dari segi fizikal luaran dan dalaman. Misalnya, membakar diri sendiri atau mencederakan anggota badan dikatogarikan sebagai cara fizikal luaran manakala bagi dalaman pula menyuntik racun ke dalam badan sendiri. Ahli – ahli falsafah telah memberikan pendapat untuk menegaskan bahawa bunuh diri adalah suatu perbuatan yang tidak bermoral dan tidak beretika. Dalam meniti kehidupan pada marcapada ini, gejala bunuh diri kian hari kian meningkat dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana masyarakat sudah biasa atau lali dengan kejadian seperti ini. Individu yang ingin menamatkan nyawa diri sendiri beranggapan bahawa bunuh diri adalah penyelesaian yang terbaik bagi menyelesaikan masalah atau c