ISU BUNUH DIRI



TUGASAN KUMPULAN
KUMPULAN 4
AHLI KUMPULAN:
KIRTHANA, YAP ZI WEI, ONG XUE MIN, YOOVANEESWARY, BAVANI
Pengenalan
Rangkai kata bunuh diri bolehlah ditakrifkan sebagai perbuatan untuk menamatkan atau menghilangkan nyawa diri sendiri. Perbuatan yang kejam ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara iaitu dari segi fizikal luaran dan dalaman. Misalnya, membakar diri sendiri atau mencederakan anggota badan dikatogarikan sebagai cara fizikal luaran manakala bagi dalaman pula menyuntik racun ke dalam badan sendiri. Ahli – ahli falsafah telah memberikan pendapat untuk menegaskan bahawa bunuh diri adalah suatu perbuatan yang tidak bermoral dan tidak beretika. Dalam meniti kehidupan pada marcapada ini, gejala bunuh diri kian hari kian meningkat dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana masyarakat sudah biasa atau lali dengan kejadian seperti ini. Individu yang ingin menamatkan nyawa diri sendiri beranggapan bahawa bunuh diri adalah penyelesaian yang terbaik bagi menyelesaikan masalah atau cabaran yang dihapari. Masalah – masalah yang sering mendorong kepada bunuh diri ialah tekanan di tempat kerja, masalah keluarga, putus cinta dan sebagainya.

Contoh-contoh infografik
                           
Sumber: Institut Kesihatan Umum (IKU)
Sumber: Harian Kompas
Diolah dari data WHO

 
Sumber : KPkesihatan.com
Gambar-gambar di atas dalam bentuk infografik memaparkan kekerapan berlakunya kes bunuh diri di Malaysia dan juga di luar negara. Setelah meneliti data-data yang terdapat  dalam infrografik, dapat dirumuskan bahawa fenomena bunuh diri kerap melibatkan pelajar sekolah terutamanya pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki. 10.8% pelajar perempuan mempunyai keinginan untuk bunuh diri disebabkan masalah keluarga, putus cinta dan tekanan sama ada pelajar sekolah di bandar ataupun luar bandar.

Selain itu, data yang direkodkan juga menunjukkan  setiap 40 saat terdapat individu yang maut akibat bunuh diri. Analisis menyatakan sebanyak 800 000 lebih kematian berpunca daripada perbuatan bunuh diri. Jika melihat data kes bunuh diri di luar negara terutamanya di negara-negara Asean,Thailand  mencatatkan bilangan yang tertinggi berbanding negara-negara lain. Bukan itu sahaja, kes bunuh diri negara Thailand sering melibatkan individu pada usia sekitar 15 hingga 29. Sebagaimana anda tahu,data – data yang dipamerkan di atas menegaskan bahawa fenomena bunuh diri merupakan masalah yang kian hari kian membimbangkan serta perlukan perhatian yang serius oleh semua pihak. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia pada 10 September 2019 untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat supaya dapat mengurangkan kadar kematian.

Konsep Moral, Akhlak dan Etika berkaitan Isu Bunuh Diri
Banyak bukti dan alasan falsafah telah dikemukakan untuk menegaskan bahawa perbuatan bunuh diri adalah satu perbuatan yang tidak bermoral, tidak berakhlak dan tidak mengikut etika.
Hal ini dikatakan demikian kerana perbuatan bunuh diri tidak menyelesaikan sebarang masalah, tetapi perbuatan bunuh diri hanya digunakan sebagai satu pendekatan melarikan diri daripada masalah dan kenyataan. Perbuatan menamatkan nyawa sendiri merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana membunuh diri hanya melepaskan diri mereka daripada masalah, kesusahan dan penderitaan tetapi sebenarnya tidak mengatasi sebarang masalah yang wujud.
Alasan membunuh diri sering dikaitkan dengan kemurungan, sakit jiwa, tekanan atau kesukaran seperti masalah kewangan. Sebenarnya, masalah-masalah ini hanya adalah suatu keadaan sementara dan boleh diadaptasi atau diselesaikan sama ada melalui terapi atau perubahan gaya hidup. Seseorang itu tidak harus memilih jalan bunuh diri sebagai penyelesaian masalah tetapi sewajarnya mencari jalan penyelesaian secara proaktif dan segala masalah itu bukan penghalang hidup.
Kematian seseorang yang murung menamatkan kesedihan dirinya, tetapi kematiannya akan menyebabkan keluarga dan kawan-kawannya sedih dan kecewa. Dalam apa-apa keadaan pun, jalan bunuh diri tidak harus dijadikan pilihan untuk mengatasi sesuatu masalah.


Punca berlakunya bunuh diri
1.     Masalah mental
Ø  Masalah mental merujuk kepada gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu merasa:
·        Sedih yang berpanjangan
·        Keletihan
·        Ketiadaan tenaga
·        Cepat marah
·        Hilang minat dalam kehidupan seharian
Ø  Hal ini boleh berpunca daripada:
·        Tekanan yang melampau
·        Kemurungan yang teruk
·        Trauma dengan pengalaman lalu
·        Menjadi mangsa buli
Ø  Oleh itu, individu yang tidak mampu menghadapi perkara-perkara tersebut akan berasa sangat kecewa terhadap hidupnya dan tercetusnya keinginan untuk membunuh diri

2.     Masalah keluarga
Ø  Perhubungan yang tidak harmonis antara ahli keluarga menyebabkan seseorang individu berasa tertekan
Ø  Sebagai contoh, ahli keluarga yang sering bergaduh
Ø  Sebenarnya, institut keluarga merupakan tempat perlindungan yang paling kukuh kepada setiap insan kerana ahli keluargalah orang yang paling didekati dan dikasihi
Ø  Namun, sesebuah rumah tangga yang tidak bahagia akan mengakibatkan ahli keluarganya sering bermusuhan antara satu sama lain dan tidak mendapat kasih sayang dan sokongan moral yang sewajarnya diberi oleh ahli keluarga.
Ø  Selain itu, ibu bapa yang sering sibuk dengan kejayaan masing-masing sehingga mengabaikan perkembangan fizikal dan mental anak akan menyebabkan anak tersebut berasa dirinya tidak dikasihi oleh ibu bapanya
Ø  Hal ini secara tidak langsung telah mencetuskan perasaan kesunyian dalam hati anak dan berasa dirinya adalah anak yang diabai oleh ibu bapanya
Ø  Secara lama-kelamaan, anak tersebut akan berasa amat kecewa terhadap keluarga yang dilahiri dan tiada semangat untuk meneruskan hidupnya
Ø  Oleh itu, perasaan kecewa dan kesunyian yang teruk akan mendorong seorang anak tercetusnya fikiran untuk membunuh diri.

3.     Individu yang menjadi mangsa buli
Ø  Mangsa buli merujuk kepada mereka yang dipukul oleh sekumpulan orang, diugut, didesak dan dihina dari segi fizikal mahupun mental
Ø  Antara kes buli yang sering berlaku di sekolah adalah seperti:
·        Buli fizikal
ü  Buli yang melibatkan memukul, menendang, mencuri, menyembunyi atau merosakkan harta benda orang, memaksa mangsa buli melakukan perkara yang tidak diingini.
·        Buli lisan atau percakapan
ü  Merujuk kepada buli yang dilakukan melalui percakapan seperti mengusik atau menghina, menfitnah, mengejek
·        Buli berkaitan hubungan
ü  Buli yang dilakukan bertujuan membuatkan seseorang berasa dirinya dipinggir dan ditolak oleh rakan sekelilingnya
ü  Keenganan bercakap dan berkawan dengan seseorang
ü  Buli berkaitan hubungan tidak berlaku secara terus terang
ü  Sebaliknya, berlaku dalam jangka masa yang panjang tanpa disedari oleh orang lain
·        Buli siber
ü  Buli yang dilakukan di alam maya iaitu melalui penggunaan teknologi khususnya media sosial
ü  Buli berbentuk mental
ü  Mengganggu, mengugut, memalukan, menjatuhkan maruah seseorang
ü  Sebagai contoh:
§  menyebarkan gambar peribadi seseorang dengan tujuan menghina
§  menyebarkan perkara palsu yang bertujuan menjatuhkan maruah seseorang
§  menulis kritikan negatif dengan tujuan menghina dan memalukan seseorang secara terbuka di media sosial
Ø  Hal ini menyebabkan mangsa buli mengalami tekanan mental yang buruk sehingga tidak dapat menahan tekanan dan kritikan yang negatif daripada pelbagai pihak
Ø  Kesannya, mangsa buli bertindak untuk membunuh diri agar melarikan dirinya daripada dunia realiti yang menderitakannya.

4.     Faktor lemah dan rapuhnya pegangan agama
Ø  Seseorang yang berpegang teguh kepada agama akan mematuhi segala suruhanNya dan menjadikan ajaran agama sebagai pegangan hidup
Ø  Oleh itu, seseorang yang mempunyai dinding keimanan yang kukuh tidak akan mengambil tindakan untuk membunuh diri dalam apa-apa jua keadaan
Ø  Hal ini kerana tindakan membunuh diri merupakan perkara yang amat ditentang oleh semua agama
Ø  Setiap agama menuntut penganutnya supaya menghargai nyawa pada setiap masa dengan tidak melakukan perkara yang boleh mengancam nyawa diri
Ø  Oleh itu, seseorang yang tidak berpegang teguh kepada ajaran agama akan putus asa semasa menempuhi rintangan hidup yang besar.
Ø  Namun, individu tersebut tidak berfikir bahawa segala cabaran yang ditempuhi adalah sesuatu ujian yang diberi oleh Tuhan
Ø  Oleh itu, individu yang tidak percaya kepada Tuhan akan berasa takdir tidak adil kepadanya dan kecewa terhadap kehidupan yang sedia ada sehingga bertindak untuk membunuh diri

5.     Masalah percintaan
Ø  Terdapat sebilangan kecil individu yang terlalu mementingkan percintaan dengan menganggap percintaan adalah segala hidupnya
Ø  Masalah percintaan boleh berlaku dalam bentuk
·        Pergaduhan antara kekasih 
·        ditipu oleh kekasih
·        terdapat orang ketiga yang campur masuk dalam sesebuah percintaan
Ø  Sekiranya gagal dalam percintaan, individu tersebut akan berasa sangat kecewa dan sedih
Ø  Hal ini menyebabkan individu tersebut hilang semangat dan motivasi untuk meneruskan kehidupan kerana hilang hala tuju atau matlamat hidup yang diperjuangkan
Ø  Oleh itu, individu tersebut akan berasa hidupnya tidak bermakna lagi jika gagal dalam sesebuah percintaan dan seterusnya tercetuslah fikiran untuk membunuh diri


 Kesan Membunuh Diri
 Terdapat beberapa kesan membunuh diri. Perbuatan membunuh diri bukan sahaja memberi impak kepada diri sendiri malahan perbuatan ini akan meninggalkan kesan kepada keluarga dan rakan-rakan. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila seseorang membunuh diri, orang sekeliling iaitu jiran ataupun saudara mara yang terdekat akan bercakap negatif mengenai keluarga tersebut. Hal ini akan menimbulkan keluaraga mereka mempunyai perasaan bersalah dan sedih kerana tidak dapat menyelamatkan nyawa anak mereka yang dijaga sejak lahir. Terbuktilah bahawa perbuatan membunuh diri akan menjejaskan maruah keluarga tersebut. Selain itu, keluarga tersebut tidak dapat hidup dengan tenang dan gembira. Keluarga tersebut sentiasa hidup dalam kemurungan dan hati yang tidak aman. Selain itu, rakan-rakan mereka juga akan dikatakan sebagai salah satu punca kerana gagal memahami masalah rakan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa perbuatan membunuh diri secara tidak langsung akan memberi impak yang besar yang keluarga dan rakan-rakan.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KES BUNUH DIRI
Fenomena sosial tentang bunuh diri dan percubaan membunuh diri semakin serius di Malaysia. Perkembangan yang membimbangkan ini telah mendorong Kementerian Kesihatan Malaysia melancarkan kempen “Bulan Cegah Bunuh Diri” pada bulan September 2005 yang bertemakan “Cegah Bunuh Diri Tanggungjawab Bersama”, (Sarjit Singh Gill, 2006). Kempen ini bertujuan menyedarkan masyarakat Malaysia supaya menghargai nyawa sepanjang masa. Kejadian bunuh diri semakin meningkat di seluruh dunia. Hal ini lebih ketara dalam kalangan masyarakat moden dan kontemporari. Kadar bunuh diri lebih tinggi dalam kalangan lelaki berbanding wanita. Namun begitu, wanita lebih ramai yang cuba membunuh diri berbanding lelaki. Kini, peningkatan dalam kaalangan remaja juga amat membimbangkan. Perangkaan yang semakin meningkat ini memberi amaran kepada dunia bahawa dunia kini memerlukan satu panduan dan pencegahan yang strategik bagi mengatasi masalah sosial ini.

Langkah pertama yang boleh diambil bagi mengatasi masalah bunuh diri ialah institusi kekeluargaan. Institusi kelurga merupakan institusi yang paling penting dalam kehidupan manusia. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memantau perkembangan anak-anak mereka. Bagi ibu bapa yang bekerja, mereka harus mendidik anak-anak supaya memahami tanggungjawab masing-masing iaitu belajar bersungguh-sungguh dan menjadikan mereka bangga. Ibu bapa seharusnya memberi nasihat kepada anak-anak mereka supaya tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang negatif dan sentiasa mengingkatkan mereka bahawa setiap masalah pasti akan mempunyai jalan penyelesainnya. Jadi sebagai seorang ibu bapa, mereka mestilah meluangkan masa bersama dengan anak-anak mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana, ini akan membantu anak-anak untuk berkongsi masalah yang dihadapi oleh mereka bersama ibu bapanya.

Jika ditinjau dari skop yang berbeza, institusi agama juga memainkan peranan penting dalam menangani masalah bunuh diri. Golongan pendakwah misalnya boleh mendekati golongan yang menghadapi masalah dan memberi nasihat serta pendidikan dari segi keagamaan. Selain itu, imam dan sami perlu mengambil inisiatif bagi membendung masalah bunuh diri ini dalam kalangan masyarakat. Tamsilnya, mereka perlulah memberi ceramah keagamaan, meningkatkan kerja-kerja sosial dan sebagainya. Hal ini dikatakan demikian kerana, dengan ini masyarakat akan sedar bahawa bunuh diri merupakan bukan salah satu penyelesaian bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka dalam kehidupan seperti masalah keluarga, kewangan, percintaan dan sebagainya malah sentiasa perlu berdoa dan bersembahyang bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan cepat.

Jika ditelusuri secara mendalam, langkah yang seterusnya ialah pendidikan formal di sekolah dan universiti tidak seharusnya menumpukan kualiti pelajar dalam pengkhususan vokasional, tetapi harus memberikan pendidikan yang menyeluruh kepada generasi muda. Mata pelajaran teras seperti Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Sivik perlu diamalkan oleh pelajar-pelajar. Pihak kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pihak Kementerian Kesihatan perlu menyusun strategi yang lebih bersungguh-sungguh dengan memberi bantuan dalam pelbagai bentuk. Contohnya Hospital Universiti mempunyai klinik yang dibuka yang menyediakan rundingan psikiatrik bagi individu yang bermasalah. Strategi yang berkesan ini sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan nyawa.

Selain pihak kerajaan, badan-badan bukan kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah ini. Badan-badan bukan kerajaan setakat ini aktif dalam usaha membantu ahli masyarakat. Misalnya, The Befrienders, sebuah persatuan sukarela yang menyediakan perkhidmatan telefon pada sesiapa saja yang berada dalam keadaan kesusahan. The Befrienders memberi peluang membuat panggilan dan mencurahkan perasaan mereka yang hadapi masalah. Staf The Befrienders akan melayan mereka berbual untuk meredakan perasaan dan membantu ketegangan emosi. Hal ini dikatakan demikian kerana, dengan ini mereka dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka apabila meluahkan perasaannya.


Comments

Popular posts from this blog

AKRONIM

UPSR BAHASA MELAYU LATIHAN PENJODOH BILANGAN

UPSR BAHASA MELAYU LATIHAN KATA GANDA